Friday, March 23, 2012

Cerita Dahulu Kala

Bismillahhirrahmanirrahim...

Pada suatu hari, ada seekor makhluk Allah yang berwarna kuning dan bergaris-garis hitam di belakang badannya bersiar-siar di taman yang dipenuhi pelbagai bunga-bungaan dan pokok-pokok yang dibentuk cantik mengikut huruf ABC disepanjang lorong jalan di taman itu.

Makhluk Allah itu berlari lompat-lompat keriangan dan seketika mencium bunga-bunga yang tumbuh segar menghidupkan emosi bahagia lantas membuahkan keceriaan kerana bauan dari bung-bunga yang sangat wangi dan menyegarkan memenuhi setiap kawasan taman itu.

Amat sesuai sekali tanda nama taman ini dengan taman yang dipenuhi dengan bung- bungaan iaitu "Scented Floweriest Park".

mmmmmm ^_^ bahagianya... " makhluk kuning itu senyum bahagia menghirup udara segar lalu merehatkan badannya sambil menghayati indahnya ciptaanNYA di padang taman tersebut serta awan di langit yang pelbagai bentuk mengindahkan lagi panorama di taman tersebut. SUBHANALLAH... Lama kelamaan, mata makhluk kuning itu terkatup perlahan.

Ngeng.. ngeng.. ngeng... 'berdengung-dengung bunyi itu di telinga makhluk itu mengganggu tidurnya.

Ngeng.. ngeng.. ngeng... "makhluk terbang itu menghurunginya."
Ah.... kacau je laa... Kalau x kacau x boleh ke? "rengeknya lalu bangun separuh sedar" dan tanpa disedari ada seorang makhluk Allah yang tinggi beberapa meter dari makhluk kuning itu berjalan dengan lajunya. Makhluk terbang itu ingin menyedarkan makhluk itu daripada kena pijak, tapi... dah terlambat.

meowww! aduh... sakitnya... siapa yang tergamak memijakku nie? buta betul dia nie. x nampak aku yang comel nieh. " Aduh makhluk itu dan sempat lagi tu mengangkat bakul sendiri.

Tulah.. aku dah puas bangunkan kau tadi. nampak, kan dah kena.. sedarlah diri tu sikit.. kau tu kecik, tak de sayap macam aku nie.. senang terbang. "Bebel lebah madu itu mengjengkelkan makhluk itu"

Panas betul telinga. aku sekeh juga lebah nie kan.. nak tegur, tegur lah baik2x. nie tak.. dicemuhnya aku lagi.. huh... memang nak kena lebah nie!" bebel makhluk kuning itu pula didalam hati.

Makhluk kuning itu yang sedia panas hati dipijak makhluk tinggi dan ditambah pula dibingitkan oleh makhluk lebah tersebut yang tersenyum sinis menerkam lebah madu ke tanah.

Auch! apa nie! tak puas hati? kan.. aku... dah tolong kejutkan kau. kau.. tu je.. yang liat nak bangun.. "kata lebah itu tergagap-tergagap dan takut-takut berani membela diri dan membalas pandangan garang makhluk kuning itu.

Makhluk kuning itu tersenyum sinis melihatkan lebah madu itu menggigil ketakutan dicengkamannya. " tahu takut..." sindirnya didalam hati.

tologlah.. lepaskan aku..tolonglah.. jangan makan aku..aku nie beracun..kalau kau makan aku, kau mati." Lebah madu itu cuba meminta simpati dan sempat berhelah untuk melepaskan diri".

"Tak ingin aku nak makan kau lah! cuma.. aku nak cakap sikit. kau, kalau nak tegur aku atau sesiapapun.. tegurlah baik-baik. walaupun mulanya niat kau baik nak kejutkan aku dari kena pijak, tapi cara kau tegur aku lepas tu, menyakitkan hati tahu? sesiapapun yang mulanya nak berterima kasih kat kau dah tukar jadi Hulk Hogan..
"ucap makhluk kuning itu dan membuahkan senyuman bila menyebut Hulk Hogan, menenangkan sedikit ketakutan lebah madu.

ok, baik2x.. lepas nie, aku tegur kau baik2x." Ucap lebah madu tersebut."

em... Bagus3x..." Ucap makhluk kuning itu sambil tersenyum dan melepaskan cengkamannya perlahan-lahan"

Tapi.. bukan dengan aku je. dengan sesiapa pun kita kenalah tegur elok2x supaya tak menimbulkan kemarahan dan dia pun senang menerima teguran kita. " Tambah makhluk kuning itu".

Lebah madu yang bertenggek di atas bunga mawar setelah dilepaskan oleh makhluk kuning itu, mengangguk-angguk mengiakan kata-kata makhluk kuning tersebut dan mengalir sedikit air matanya.

Dah.. tak mau sedih-sedih... kitakan makhluk Allah.. kenalah saling nasihat-menasihati dan tolong-menolong kan..." Pujuk makhluk kuning itu"

GARFIELD!!! Kedengaran jeritan bertalu-talu.
Garfield...! where are you? time for eat... suara itu kedengaran lagi meresahkan makhluk kuning tersebut..

Oh, Oklah. terima kasih sebab cuba kejutkan aku tadi dan maaflah sebab berkasar sikit dengan kau tadi. oklah, aku kena chow dulu nieh. bye bye babeh... " Makhluk kuning itu bercakap dengan lajunya dan sempat lagi buat lawak sebelum beredar dan menggawangkan tangannya kepada lebah madu."

Lebah madu turut menggawangkan tangannya membalas lambaian makhluk kucing kuning itu yang hampir hilang dari tubir mata sambil membuahkan senyuman sungging.

Garfield??? "Lebah madu itu berfikir sejenak, bagaikan pernah mendengar nama itu."



TAMAT


PENGAJARAN:

1) Sila pandang-pandang kebawah bila berjalan, takut terpijak kek lembu ke...

2) Tegur elok2x... agar tidak menimbulkan kemarahan orang.

3) Amalkan sifat tolong-menolong dan nasihat-menasihati.



P/S dari Garfield: pandang2x bawah tau.. sakitnya... kena pijak nie.. uhuhuhuuu " SAYANGILAH HAIWAN" ^_^

2 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sera bibi!!! :D
ni fisa lah.. hehe

Siti Sarah Othman said...

hai... ;-)

hehe
lame x dengar kabo
sihat?