Friday, December 16, 2011

SERONOK, 2 RONOK 3 RONOK...

Bismillahhirrahmanirrahim...

dah lama x update blog So Sweet nieh. hee

nak cite ape ye???

Kalau nak tahu time cuti sem 1 bulan tu sarah jumpa banyak orang and macam2x ragam termasuk perangai sendiri.. time tulah... nak manja-manja nak gedik-gedik ngan Kak Ngah, Kak Lang, Along, Abg Anas, Mak, Mak cik.. ngan suma2x lah.

dan x lupa jugak, kena buli ngan Fikri... hahah
macam2x perangai dia buat...
asyik kena marah jee (garang juga mak su dia nie, kuang3x)

Sarah tolong Kak Ngah jaga kedai tudung jadi Mem Besar leh rehat... hehe

Best... ^_^

SO PROMOTE3X...
Kedainya dekat Alor Gajah Central je...
Berhadapan dengan kedai wafer.
Tudung, anak tudung, selendang, pashmina...
keronsang pon ade...
tudung bawal.. tudung bunga 1, bunga 3, tudung syria, tdg manik2x.
hah, tudung besar pon ade.. yang bercorak, berjalur pon ade...

Harga? "MEMANG BERPATUTAN... " ;-)

DATANG3X...

Semua org kat AG Central tu ramah tamah orgnya... lebih2x lagi pak cik teksi. hehee
biasalah... org tua...

hah... siapa peminat cincalok tu elok sangatlah kat pasar Alor Gajah nie banyak jual.
keropok, buah, madu asli...

Memang seronoklah cuti sebulan tu. rasa sekejap je.

^_^

Thursday, September 15, 2011

Apa Salahnya Perbetul Fakta Sejarah

Bismillahhirrahmanirrahim...

Nak kongsi satu article nie yg insyaAllah mampu membuka mata masyarakat Malaysia.

Tajuk : Apa salahnya perbetul fakta sejarah
Oleh : Mohd. Nasir Awang
Sumber: Harakah Daily

Saya agak bertuah apabila turut diajak menghadiri majlis pelancaran buku karangan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, 9 September lalu. Sebagai seorang peminat sejarah, pengamal media dan ‘penuntut sepanjang hayat’, peluang keemasan meneliti butir bicara seorang failasuf tersohor itu tidak selayaknya saya lepaskan.

Buku terbaru ahli teologi negara itu berjudul Historical Fact dan Fiction diterbitkan UTM Press. Pelancarannya disempurnakan Sultanah Johor yang juga Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sepertimana judulnya, buku berkenaan memfokuskan perbincangan dan ulasan terhadap beberapa kekeliruan fakta sejarah negara, khususnya berkaitan kedatangan Islam ke Nusantara. Meneliti sepintas lalu bulu berkenaan menemukan kita kepada beberapa percanggahan fakta di antara apa yang selama ini diterima sebagai hakikat sejarah, berbanding pembuktian ‘fakta sebenar’ yang dikemukakan Prof Syed Naquib.

Antaranya berkaitan asal-usul nama Melaka dan Parameswara sebagai raja berbangsa Melayu dari Palembang yang dihuraikannya dengan hujah amat bertentangan dari apa yang selama ini diajarkan kepada kita.

Bahkan di dalam ucapan aluannya, ilmuan Islam tersohor itu meluahkan kekecewaannya apabila suatu fakta yang sejak sekian lama diutarakannya mengenai sejarah kedatangan Islam ke rantau ini tidak dipedulikan khalayak pengkaji dan penulis sejarah negara. Beliau menegaskan kajiannya bahawa Islam datang ke Nusantara bukan melalui India atau Parsi, sepertimana dicatatkan sejarah popular.

Sebaliknya, beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa Islam dibawa ke sini secara terus oleh misi khas dari Tanah Arab. Bahkan, katanya, kumpulan yang membawa risalah Islam itu bukan sekadar para pedagang biasa atau orang kebanyakan, tetapi dari kumpulan yang disebutkannya sebagai ‘the noble Arabs’, yakni yang bersalasilah keturunan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.

Sebab itu, dakwanya, suatu hakikat yang dapat dilihat ialah bagaimana kaedah sebutan perkataan-perkataan Arab oleh orang-orang Melayu negara ini tidak berbunyi pelat India atau Parsi, tetapi lebih dekat kepada lidah Arab. Beliau lantas mengambil contoh bagaimana perkataan ‘bismillahirrahmanirrahim’ disebut dengan lidah India dan Arab.

Katanya, sudah 30 ke 40 tahun beliau menyebutkan perkara ini. Namun, ia seakan tidak dilayan dan tidak diterima sebagai suatu hasil kajian yang wajar diperhalusi. Buktinya fakta-fakta sejarah kedatangan Islam ke tanah air ini kekal sepertimana yang telah diterima umum, khususnya hasil tulisan para penulis Barat.

Seakan terkejut dengan luahan dan pendedahan Prof Syed Naquib itu menyebabkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, yang turut berada di majlis berkenaan memberikan reaksi spontannya. Beliau mengakui wujud kesilapan atau kelemahan fakta dalam penulisan sejarah negara selama ini.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, beliau antara lain mengakui, “hanya sebahagian saja yang ditulis penulis Barat untuk kepentingan mereka, yang mereka nak tulis hanya kedatangan mereka. Prof Muhammad Naquib bangkit perkara yang ada persoalan dan kita perlu kajian mendalam. Dalam soal ini sejarah boleh dicungkil”.

Keciciran fakta

Ulasan Mohamed Khalid itu pula mengundang reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau juga mengakui terhadap keciciran fakta dalam penulisan sejarah negara, terutama berhubung perjuangan beberapa tokoh Umno mendapatkan kemerdekaan negara.

Setakat itu, pendedahan dan pengakuan ketiga-tiga mereka adalah sealiran. Bahawa kemungkinan wujudnya kelemahan dalam penulisan sejarah, sama ada secara tidak sengaja, atau memang disengajakan oleh para penulis Barat bagi menyembunyikan fakta sebenar, adalah suatu hakikat yang tidak sepatutnya ditolak mentah-mentah.

Bahkan, mengambilkira tabiat mana-mana bangsa penjajah, sudah tentu mereka berhasrat menjaga maruah dan kepentingan bangsa mereka. Justeru apa-apa fakta yang boleh mencemar imej atau merendahkan martabat bangsa mereka besar kemungkinan tidak dicatatkan. Manakala sebarang kelebihan, keistimewaan dan kebaikan bangsa dijajah juga dipadamkan dari pengetahuan umum.

Hakikat itu mengingatkan saya kepada pembicaraan episod kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis, pada kurun ke-15 dulu. Antaranya ialah apa yang pernah diutarakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di dalam ucapannya sempena Sambutan Jubli Emas PAS, pada 2001.

Menurut Tuan Guru, penulisan sejarah sengaja menonjolkan kerajaan Melaka hanya sebagai salah sebuah Kesultanan Melayu di Nusantara. Tidak ada catatan mengangkatnya sebagai sebuah kuasa besar Islam di Asia Tenggara. Fakta itu sengaja disembunyikan, demi kepentingan penjajah, yang sebenarnya datang ke rantau ini dengan misi menyebarkan agama Kristian.

“Seorang ahli sejarah tempatan menceritakan bahawa ketika berita penaklukan Melaka oleh Portugis sampai ke Eropah, satu perayaan telah diadakan di Vatican City (bandar suci orang Kristian di Itali). Mereka menyambut kegembiraan kerana kejatuhan Empayar Islam Melaka ke tangan tentera Kristian Portugis. Cerita sebenar ini tidak diajar kepada anak-anak kita di sekolah-sekolah,” ucapnya.

Bagi memadamkan catatan perjuangan Islam ketika itu juga, gerombolan orang Islam sekitar Melaka yang berpakatn datang membantu kerajaan Islam itu dipesongkan faktanya. Patih Yunus yang mengetuai umat Islam dari Tanah Jawa dan mendarat di Johor dengan misi membantu Melaka memerangi Portugis digambarkan sebagai pelarian ekonomi yang hanya mencari tanah baru untuk menanam kelapa.

Umat Islam dari Sulawesi yang datang ke negara ini pula dicatatkan sebagai kumpulan lanun yang sering merompak kapal-kapal dagang. Manakala pejuang Islam Minangkabau yang kebanyakannya mendarat di Negeri Sembilan diceritakan hanya sebagai kumpulan manusia dari Sumatera yang datang semata-mata untuk membuka kebun.

Penulisan sejarah oleh tangan-tangan berkepentingan penjajah itu sengaja mahu menggambarkan betapa rumpun bangsa Melayu sebagai berpecah-belah, suka berperang dan tidak mempunyai sebarang ikatan persaudaraan Islam antara mereka.

Pertahan Islam

“Sebenarnya mereka semua datang untuk mempertahankan Islam dan menentang penjajah Barat di atas nama Islam. Mereka datang dulu lagi sebelum tertubuhnya Umno!,” sergah Tuan Guru.

Ingatlah bahawa kedatangan penajajah ke negara kita bukan sekadar untuk mendapatkan rempah-ratus dan lain-lain hasil mahsul, sebagaimana yang diajarkan oleh buku-buku sejarah. Mereka mempunyai serampang dua mata, iaitu menjajah sambil mengembangkan ajaran Kristian.

Sebab itu, di saat ketua-ketua gerombolan penjajah menyibukkan diri mereka dengan aktiviti memunggah bijih timah, besi, rempah-ratus, kayu-kayan dan berbagai lagi, gerombolan paderi dan mubaligh terlatih memainkan peranan berasingan di bidang pendidikan.

Dengan kuasa dan kepakaran yang ada pada mereka, penjajah telah berjaya mengindoktrinasikan pemikiran rakyat mengikut acuan pemikiran yang mereka kehendaki. Di antara cara yang digunakan ialah memalsukan sejarah. Apa jua catatan sebenar mengenai sejarah tanahair cuba dipadamkan dari pengetahuan rakyat.

Sejarah negara ditulis semula mengikut acuan penjajah, sekaligus bagi menggambarkan keagungan dan kehebatan bangsa penjajah. Terlebih nyata lagi ialah bagaimana penulisan semula sejarah tanahair itu telah mengakibatkan tertimbusnya peranan Islam sebagai kuasa besar di rantau Asia Tenggara ini.

Negara kita sudah 54 tahun merdeka. Usia itu seringkali dikaitkan dengan usia kematangan. Maka sudah kena pada masanya pemikiran rakyat juga dimerdeka dan dimatangkan. Pandanglah kepada bangsa-bangsa yang lebih maju dari kita, bangsa yang berfikir secara merdeka.

Kita pernah diajar untuk ‘Pandang ke Timur’. Sayangnya, kita tidak pandang habis-habis, hanya sekerat sahaja. Bangsa Jepun, China dan Korea adalah bangsa yang sangat tinggi tamadun pemikirannya. Bangsa yang merdeka pada bila-bila masa pun tidak akan bersedia memandang remeh soal pemalsuan sejarah ibu pertiwi mereka.

Bayangkanlah, ada bangsa Korea yang sanggup mengerat jari kelingking semata-mata kerana terusik dengan sejarah silam kekejaman Jepun. Bantahan terhadap Jepun turut memuncak di seluruh Negara China dan Korea sedekad lalu semata-mata kerana buku teks sejarah di sekolah-sekolah Jepun telah menyembunyikan fakta sejarah kekejamannya terhadap dua jiran terdekatnya itu.

Tetapi kita, bukan sekadar merelakan sejarah tanahair dipalsukan semahu orang, direlakan nama para penentang penjajah dimomokkan secara negatif, malah sebilangan pihak seakan sanggup bermatian mempertahankan kecatatan dan kepalsuan sejarah dicipta penjajah itu.

Apa salahnya menulis semula sejarah jika terbukti (sepertimana dibuktikan Prof Syed Naquib dan diakui Tun Dr Mahathir) memang ada kelemahan dan keciciran fakta dalam sejarah yang diterimapakai selama ini?

Nampak sangat minda penguasa kita dan para penjuaknya masih belum ‘merdeka’ sehingga sukar menerima pandangan kedua. Sebab itu tidak hairan jika ada cendikiawan kita yang diagungkan selaku pakar sejarah turut rela mendakwa kononnya British hadir ke negara kita bukan sebagai penjajah, tetapi lebih sebagai pelindung dan pengawal. Kah! Kah! Kah!


Pandangan diri...
Em... dulu time sekolah suka sangat ngan subjek sejarah.

rupa-rupanya.....

Banyak disembunyikan dan diputar belit!

Thursday, August 11, 2011

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

Bismillahhirrahmanirrahim...

Di bulan Ramadan yang mulia ini, Sarah nak kongsi satu artikel yang insyaAllah akan menghidupkan kembali hati kita yang kelaparan.

JOM3X KITA BACA.... ^_^

Tajuk : 4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran
Website : I LUV ISLAM
Pengarang: Mohd Shukri Hanapi.


Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4


Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)


Kesimpulannya... marilah kita menghidupkan hati dengan membaca AL-Quran dan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini berlipat kali ganda pahala yang akan kita dapat.

InsyaAllah...

Wednesday, July 27, 2011

Masak ;-)

Bismillahhirrahmanirrahim...

Entry kali ini... pasal MASAK!
hheheheeee

(copy paste) ^_^
Title:Masak makanan sendiri
Link :http://cook4u.wordpress.com/about/

Blog ini menyediakan masakan ringkas dan mudah untuk di ikuti.Boleh di ubahsuai.Bahan -bahan boleh dipadankan dengan bahan masakan. Sebagai contoh, 1 biji bawang besar adalah berlainan dengan 1 biji bawang merah dari segi kuantiti hirisan bawang itu, jadi use your common sense . Pasti jadi…..Apa pun dalam bab memasak ini, perkara yang mesti di ingati adalah kena buat selalu dan berani mencuba..,Don’t worry, be happy…..ymmmm.

Selamat memasak untuk anak-anak semua…..! Anak yang jauh kat oversea tu, tak payahlah lagi menalipon selalu untuk resepi. ……Bila teringat atau lost idea , rujuk blog ini.

Perlu selalu diingati bahawa masakan yang dimasak sendiri banyak memberi manafaat.

1.Makanan yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya.

2.kualiti sayuran dan bahan masaakan dapat kita pilih yang berkualiti sahaja.

3. Kata ahli Sufi, masakan yang dibacakan “Bismilah” dan “Selawat” semasa dalam proses penyediaan ,makanan itu akan mempunyai roh yang bagus.Apabila kita memakannya badan akan menjadi sihat.

4.Dapat menjamin diri dari bahan-bahan yang merosakkan tubuh seperti bahan pengawet pewarna, gula sakarine dan msg .

Penyakit bermula daripada apa yang kita makan, bermula dari perut.

Selalu ingat pesanan Nabi ” Makan waktu lapar, berhenti bila kenyang.”

Paling utama berserdahana dalam segala hal.

Waktu memasak makanan ,kurangkan penggunaan minyak.

Masakkan jenis rebus paling digalakkan.

Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

Kurangkan pengambilan gula dan garam.

Jangan makan susu bersama cuka.

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, SEBELUM MAKAN NASI.

# JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .

DIKUATIRI ANDA DIMAKAN USIA


-Motto Mami Yatie -

“Sampaikan walaupun sepatah perkataan.”


Selebihnya... layarilah blog nie. hehe

Sarah selalu bila org tanya.. Sarah tahu masak ape?
Sarah akan jawab: x tahu. haha

Sarah memang x pandai masak. Part tolong menolong tu tau le...
hehehe

Sarah sebenarnye.. memang suka masak. Sebab bila masak, dapat masuk perut...
hahaha

Kat rumah,
Sarah selalu tolong Kak Ngah masak.
Kak Ngah masak lauk, Sarah goreng sayur... ^_^
BEST!.....

Memang best bila dapat balik rumah...
semuanya buat sama2x...
dengan Kak Ngah Cute a.k.a kakak Pooh ;-) hehehe
juga Kak Lang a.k.a Kakak Spagebob! haha,
Makcik, Along,Mak (rindu kek kukus Mak! ^_^), Abg Anas, Kak Cik.

^_^...............RINDUNYA.....................

Thursday, June 9, 2011

Bismillahhirrahmanirrahim...

Entry kali ini membicarakan pasal CINTA...

-Artikel nie Sarah copy paste dari. http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2529-cinta-dalam-diam.html

CINTA DALAM DIAM.

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Mohd Rusdi Ramlee merupakan graduan UiTM Alor Gajah, Melaka. Kini bertugas di Kastam Diraja Malaysia. Beliau menulis di http://adminskss.blogspot.com/.

Cinta itu pelbagai. Boleh jadi kita sangat cintakan kucing peliharaan kita yang comel. dia hilang sehari, kita dah menangis sakan dan tak bermaya. Cintakan benda-benda yang manis..

emm... Sarah sangat cintakan chocolate! hehe

Cinta yang paling utama adalah cintakan Allah. Allah sangat cintakan hamba-hambaNYA. Buktinya, kita masih lagi bernafas didunia ini dan masih lagi berkesempatan menimba pahala dan bertaubat.

Tuesday, March 29, 2011

Tanda Hati Kita Mati.

Bismillahhirrahmanirrahim...

Kebelakangan ini, sarah dapat rasa seperti hati ini lemah tidak bermaya serta tiada didikan motivasi.

Alhamdulillah, Sarah terjumpa satu artikel nie kat inbox yang membuatkan sarah tersedar sesuatu yang hilang sedikit demi sedikit ketika di kolej. Berlainan dengan dekat dirumah, sarah feel so outrageous and motivation.

mungkin dekat rumah sarah rasa secure and loved and less at college. so kata tunjang dia.. PERHATIAN.. tapi.. kalau diberi perhatian sangat, sarah rimaslah pulak. hehe

Fikir-fikir balik.. and terjumpa artikel ini. Sarah faham sbenarnya..Semua itu bergantung pada HATI.

Jom baca artikel nie...



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil


Pengajaran daripadanya:

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.


Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).


Firman Allah:


ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)


(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)




Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."


Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:


ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)


"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."


Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

Wallahuaklam..

Artikel diatas nie email from Naim Qlate, Tmn2syurga.

Sarah dapat rasa.. motivation itu hanya dapat diraih apabila hati kita bersinar dan penuh dengan keazaman.

jadi, ayuh kita
makan vitamin rohani
agar hati kita
tidak mati.

^_^