Sunday, June 13, 2010
Aku hanga ingin cinta yang halal dengan dia
tentu atas izinNYA...
Salahkanku kerana terjatuh cinta
tapi bukan pada pandang pertama
haha ;-D
Pertama kali kulihat dia
ku hanya mengagumi
tak terlintas untuk menyinta
kerna kutahu siapa diriku
Seterusnya waktu berlalu
mematangkan fikiran
akan cerita kehidupan
yang penuh kebahagiaan
serta juga derita
Seiringan itu kudiduga
cinta palsu Nigeria
haha
takkan ku mudah mempercayaimu
kononnya bermimpi diriku
takkanku gentar akan provokmu
yang ku hanya melayani local guy
oh no...
MY HEART IS NOT FOR YOU
itulah jawapan dihatiku buatmu
namun kau tidak mahu mungerti
akhirnya kubiarkan sepi
Alhamdulillah atas rahmatMU
seiring waktu berlalu
kau bertemu cinta baru
ku bahagia untukmu
Bulan October memunculkan wajah
melakarkan sejarah dalam diriku
menerima cinta chatting
atas dasar kelemahan cemburu
Bukan kerana mencemburui teman
yang sedang diulit cinta
tetapi kerana kau mendugaku
mengatakan kau menyukai kakakku
Lantas ku tidak melayanimu
maka kau tahu jawapannya
terus kau melamar cintaku
mengikut hati ku menerimanya
Detik bahagia memancar sinar
keprihatinan membentuk senyumku
laman ym saksi pertemuan
teman turut tumpang bahagia
Kadangkala teman memprovokku
kerana kau jiran negaraku
namun tidakku ambil kisah
ku turuti saja qada dan qadarNYA
Ku tahu detik bahagia
pasti tidak berpanjangan
chatting bila bertembung masa
kerana focus pada pembelajaran
Waktu berlalu seperti biasa
tiba-tiba ku tersentak
hati mula menyedari sesuatu
melalui penglihatan dan gerak hati
Sedaya upaya kumenahan mataku
kuhalangi hatiku
kuingatkan diriku
bahawa ku telah memaku janji
Ku pasakkan dalam hati
dia hanya kusukai
bukan kucintai
ku tegaskan hatiku
Waktu kurasakan lambat berjalan
apatah lagi kau makin menjauh
sebulan lebih kau mendiam
risau jika diri bersalah
Kerisauan makin menujah hati
terkejut mendengar berita gempa
Bandung ditimpa gempa bumi
ku bagaikan ingin menangis mendengarnya
Menangis kerana rasa bersalah
seperti ku telah memcurangimu
membiarkan perasaan indah
bertamu dihatiku
Segera kumencari temanmu
menanyakan tentang dirimu
namun jawapannya hampa
ku tidak henti berdoa
Tidak berapa lama kauhadir
Alhamdulillah aku sangat bersyukur
dirimu dan keluarga sihat
dan Bandung sudah stabil
Waktu berlalu lagi
email jarang kuterima
kupasrah ketentuan ilahi
redha akan qada dan qadarNYA
Kini...
hatiku sedar
aku hanya ingin cinta
yang halal dengan dia
tentu atas izinNYA...
Entry kali ini bukanlah untuk mengaibkan diri.
bukanlah menagih simpati.
cuma mahu berkongsi luahan hati.
agar menjadi pengajaran diri.
sedikit sebanyak mampu dihayati bersama.
Sarah sebenarnya heran bagaimana beberapa wanita kita dengan senangnya menerima cinta nigeria?
tidakkah mereka terfikir mungkin diorang aga agenda lain...?
ish, x baik sangka buruk! tapi...
kita kena juga berhati2x...
Apa yang pasti,
Cinta pada harta,harta kn musnah
Cinta pada dunia, dunia kn hancur
Cinta pada manusia, manusia kan mati
CINTA PADA ALLAH, KEKAL ABADI... ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment